IPOH: Jenazah mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam, mula dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), sebentar tadi. Jenazah pegawai dan anggota TLDM itu dibawa keluar satu persatu pada pukul 4.35 petang tadi selepas proses bedah siasat selesai pada pukul 2.20 petang. Lapan daripada 10 jenazah beragama Islam itu kemudiannya dibawa ke Surau Salahuddin Al Ayubi di Batalion…