Jagalah hati isteri, mata jangan pandang perempuan lain - A. Aida - Utusan Malaysia

Jagalah hati isteri, mata jangan pandang perempuan lain – A. Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit popular, Datuk A. Aida menitipkan ‘nasihat berbaur sindiran’ kepada kaum lelaki bergelar suami supaya menjaga pandangan terutama ketika berada di luar.

Jelasnya, para suami seharusnya mengunci mata dengan memandang isteri mereka sahaja tanpa bersikap miang dengan melihat wanita-wanita yang berada di sekeliling.

“Kepada para suami, kalau isteri ada kat sebelah tak payahlah mata itu asyik pandang perempuan lain. Jagalah hati bini itu.

“Kalau dah depan bini pun buat perangai macam itu, dekat belakang macam mana lah perangai itu ya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Malah tambah A. Aida lagi, dia sendiri mengakui tidak selesa apabila segelintir lelaki sering memandangnya ketika berjalan-jalan di luar.

“Malulah bila kita berjalan, orang asyik pandang-pandang. Ada sampai kena cubit dengan isteri,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN