Rakyat Malaysia cuba kahwin bawah umur di Selatan Thai

Rakyat Malaysia cuba kahwin bawah umur di Selatan Thai

ABDUL AZIZ CHE MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Majlis Agama Islam Wilayah Nara­thiwat (MAIWN) menolak 20 permohonan pasangan bawah umur melibatkan rakyat Malaysia yang datang untuk bernikah di tiga pejabat agama Islam wilayah ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Abdul Aziz Che Mamat berkata, ia selari dengan peraturan ketat yang dikuatkuasakan negara itu.

“Selain itu kami (MAIWN) mem­punyai memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia untuk tidak menikahkan pasangan bawah umur dari negara itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Aziz berkata, sebelum ini terdapat hampir 20 pasangan bawah umur dari Malaysia ke pejabat agama Islam di Wilayah Narathiwat mohon dinikahkan.

Katanya, walaupun pasangan bawah umur itu datang bersama ibu bapa, pihaknya mengarahkan mereka pulang.

“MAIWN menjalankan pemeriksaan ketat bagi mengelak pelanggaran undang-undang. Kita akan teliti dokumen, jika bawah 17, MAIWN akan tolak permohonan itu,” ujarnya.

Pada 26 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand memperketat prosedur untuk mendapatkan pengesahan pernikahan bagi rakyat Malaysia yang bernikah di negara itu dengan menetapkan tempoh pemprosesannya lebih panjang iaitu selama tiga hari, berbanding dua hari sebelum ini.

Langkah itu diambil susulan peningkatan mendadak jumlah permohonan pengesahan pernikahan dan untuk memastikan ketelusan proses dokumentasi juga untuk mengelakkan kesilapan maklumat pada borang pengesahan yang boleh menyusahkan pasangan apabila kembali ke tanah air.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, pihaknya menerima purata 15 pasangan sehari yang hadir untuk mengesahkan perkahwinan mereka, malah pada hari tertentu jumlahnya mencecah sehingga 30 hingga 40 pasangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN