Israel minta PBB buat mesyuarat tergempar kutuk serangan Iran

Israel minta PBB buat mesyuarat tergempar kutuk serangan Iran

Gilad Erdan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Duta Besar Israel ke PBB, Gilad Erdan menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Malta, yang kini mengetuai Majlis Keselamatan PBB, meminta badan tertinggi itu mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan dengan segera untuk mengutuk serangan Iran.

Erdan juga menggesa PBB agar segera bertindak untuk menetapkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang merupakan cabang utama pelbagai perkhidmatan Angkatan Tentera Iran, sebagai organisasi pengganas.

Dia turut menyatakan kemarahan terhadap serangan itu yang disifatkan menjejaskan resolusi Majlis Keselamatan, memupuk ketidakstabilan, dan menimbulkan ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Iran melancarkan melancarkan berpuluh-puluh serangan dron terhadap Israel, Sabtu lalu.

Dua sumber keselamatan di Iraq berkata, berpuluh-puluh dron telah dikesan terbang dari Iran ke arah Israel di atas ruang udara Iraq.

Iran telah berikrar membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN