Global Ulama' Conference dianjur Mei ini

Global Ulama’ Conference dianjur Mei ini

FAHMI Fadzil pada sidang akhbar berhubung penganjuran Global Ulama Conference di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini meluluskan penganjuran Global Ulama’ Conference yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 7 hingga 8 Mei depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, persidangan itu akan dikendalikan Muslim World League yang berpangkalan di Arab Saudi dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, kerajaan memberi sokongan kepada penganjuran persidangan itu sekali gus menghimpunkan sejumlah ulama’ terkemuka dunia.

“Persidangan sama juga akan membincangkan isu-isu terkini dan sikap eksterisme yang berlegar dalam dunia Islam ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Jemaah Menteri merakamkan terima kasih kepada pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) kerana berjaya mengawal harga barangan keperluan pada musim perayaan Aidilfitri lalu.

“KPDN berjaya memastikan harga barangan terkawal dan tiada isu kekurangan bekalan dan stok ayam, telur dan barangan keperluan lain di pasaran.

“Ini mungkin kali pertama kita tidak menghadapi masalah bekalan barangan keperluan itu. Malah, harga barangan keperluan juga terkawal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN