GEORGE TOWN: Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah yang baharu dijadual siap pada Jun tahun ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pada masa ini kerja-kerja pembinaan berjalan mengikut jadual. ”Perkembangan projek adalah 94 peratus pada masa ini, mungkin kita dapat buka galeri ini beberapa bulan lagi. ”Kita jangka pada bulan Jun ini projek dapat disiapkan, kita akan cuba laksanakan,” katanya selepas majlis penyerahan replika cek kepada penerima insentif pembaikan bangunan…










