PETALING JAYA: Cuaca panas dan kering yang melanda Malaysia sejak November tahun lalu dijangka beransur pulih berikutan permulaan fasa peralihan monsun. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, permulaan fasa itu dijangka berterusan hingga Mei hadapan dan ia menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL). Katanya, semasa fasa itu, rantau negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah menjadikan ribut petir yang lazimnya membawa hujan…