Empat remaja didakwa rogol, amang seksual budak perempuan 12 tahun

Empat remaja didakwa rogol, amang seksual budak perempuan 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Empat remaja lelaki termasuk dua beradik dihadapkan di mahkamah berasingan iaitu Mahkamah Majistret Tampin dan Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas tuduhan melakukan jenayah seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan di Gemas, Februari lepas. 

Di Mahkamah Majistret Tampin, tertuduh berusia 16 tahun dan salah seorang adik-beradik itu yang berusia 17 tahun membuat pengakuan bersalah sebaik saha pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kartini Kasran. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh berusia 17 tahun telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun. Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pada 20 Februari lalu pukul 11 malam di sebuah rumah di Gemas. 

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. 

Sementara itu tertuduh berusia 16 tahun dituduh merogol kanak-kanak perempuan yang sama di lokasi sama antara pukul 3 hingga 8 pagi pada 21 Februari lepas. 

Berikutan itu dia telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebat,jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 terhadap setiap seorang tertuduh dengan syarat tidak mengganggu mangsa sehingga selesai kes. Kes disebut semula pada 27 Mei ini bagi laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan. 

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Seremban, dua remaja berusia 18 dan 19 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berasingan, iaitu tuduhan amang seksual bukan fizikal dan rogol ke atas kanak-kanak perempuan sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Datin Surita Budin  menetapkan jaminan sebanyak RM 5,000 ke atas tertuduh berusia 18 tahun dan RM7,000 kepada seorang lagi tertuduh serta tarikh sebutan semula kes pada 9 Mei ini. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN