Elak sistem bank lapuk, tingkatkan keselamatan

Elak sistem bank lapuk, tingkatkan keselamatan

Bank-bank dicadang menaik taraf sistem bank lapuk kepada yang canggih. - Gamvar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank-bank perdagangan perlu mempertingkatkan sistem perbankan termasuk menukar yang sudah lapuk bagi memastikan tidak timbul isu keselamatan melibatkan akaun pelanggan.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, kebergantungan pengguna terhadap perbankan atas talian tinggi susulan seluruh dunia ketika ini berlumba-lumba melakukan transaksi secara pantas.

“Sepatutnya apabila semakin tinggi tahap kebergantungan pelanggan terhadap aplikasi bank, pihak bank wajar menambahkan lagi tahap keselamatan sistem perbankan masing-ma­sing.

“Lebih 50 peratus rakyat Malaysia kini bergantung kepada kaedah perbankan tanpa tunai. Jadi bayangkan berapa transaksi pembayaran atas talian di premis-premis perniagaan setiap hari,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Menurut beliau, kira-kira 50 peratus pengguna yang bergantung kepada perbankan atas talian terjejas akibat gangguan perkhidmatan perbankan dua buah bank terbesar di negara ini pada 5 dan 8 April lalu.

Kata Siraj, kejadian itu pula berlaku ketika waktu puncak umat Islam membuat persiapan untuk menyambut Hari raya Aidilfitri.

Susulan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) meminta bank yang terlibat memberi penjelasan berkenaan punca insiden gangguan berkenaan.
BNM juga meminta bank-bank membantu pelanggan yang terjejas dan mengambil langkah supaya kejadian tidak berulang.

Sementara itu, Pengerusi Siber Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Khairul Akram Zainol Ariffin berkata, terdapat kemungkinan perkara tersebut berlaku kerana kerbergantu­ngan terhadap aktiviti perbankan yang masih menggunakan sistem lapuk.

Katanya, jika bank masih menggunakan sistem lama dan usang ia akan memberi kesan kepada keselamatan siber.

“Ini akan menimbulkan risiko keselamatan siber dise­babkan sifatnya yang lapuk dan ketidakupayaan untuk mengikuti piawaian keselamatan moden,” katanya.

Sedangkan, kata Khairul Akram, penjenayah siber sentiasa berinovasi bagi membolehkkan mereka menggodam sistem pembankan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN