Dua rumah hangus dalam kejadian di Jerantut dan Temerloh

Dua rumah hangus dalam kejadian di Jerantut dan Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Dua buah rumah kampung hangus dalam kebakaran pada hari raya keempat di Kampung Damak, Jerantut dan Kampung Orang Asli Paya Sendayan, Temerloh hari ini.

Kejadian pertama berlaku pada pukul 6.26 pagi ini, membabitkan sebuah rumah separuh kekal di Jalan Jerantut – Benta berdekatan Kampung Damak dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jerantut menerima maklumat kejadian pada pukul 6:26 pagi dan anggota tiba di lokasi terletak 27 kilometer, kira-kira 25 minit kemudian. 

“Setiba di lokasi Ketua Operasi, Rofizi Abd Rahman mengesahkan kebakaran sudah 100 peratus rumah separuh kekal berkeluasan kira-kira 30 x 40 kaki persegi.

“Seramai 11 orang anggota dari BBP Jerantut dan BBP Kuala Krau serta dibantu empat anggota bomba sukarela Kampung Damak, dengan tiga buah jentera telah melakukan pemadaman rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulfadli, kebakaran dikawal sepenuhnya pada pukul 7.06 pagi dan kerja pemantauan keselamatan dilakukan untuk memastikan tiada lagi punca api di lokasi kejadian yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Dalam kejadian berasingan, Zulfadli berkata, sebuah rumah penduduk Orang Asli di Kampung Orang Asli Paya Sendayan, Kuala Krau terbakar pada pukul 10.15 pagi ini.

Beliau berkata, Ketua Operasi BBP Kuala Krau, Zulhisham Ahmad mengesahkan rumah berkenaan bersaiz 20 x 20 kaki, turut hangus.

Ujarnya, operasi memadam kebakaran dilakukan oleh anggota bomba dari BBP Kuala Krau dan anggota dari BBP Bukit Angin, Temerloh.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN