Chegubard sedia lawan jika ditahan SKMM

Chegubard sedia lawan jika ditahan SKMM

CHEGUBARD dan Salim Iskandar ketika hadir bagi memberikan keterangan di SKMM di Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin meluahkan hasrat bersedia ‘lawan’ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika ditahan agensi itu.

Bahkan, beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pembela Tanah Air (Peta) menyifatkan suasana politik negara ketika ini telah menyerupai pemerintahan kejam rejim Korea Utara.

“Kalau ditakdirkan dia (SKMM) guna kuasa tangkapan, saya tiada masalah malah berjanji akan sedia menawarkan perlawanan terbaik demi rakyat kita,” katanya kepada pemberita sebelum hadir bagi memberikan keterangan di SKMM di sini bersama-sama Salim Iskandar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka dipanggil bagi disiasat di bawah Seksyen 233 akta berkenaan yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,00 atau dihukum penjara sehingga satu tahun.

Turut dipanggil ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo yang memberi rakaman percakapan atas kes sama di Balai Polis Setapak di ibu negara.

Mengulas lanjut, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Chegubard mendakwa tidak tahu-menahu kenapa dirinya diminta datang dan bagi kertas siasatan untuk kes apa pula.

“Saya akan beri kerjasama penuh kerana sepatutnya bagi keterangan semalam namun jadual saya sibuk dan pegawai SKMM semalam amat baik ubah kepada hari ini,” katanya.

Pada 9 April lalu, Badrul Hisham hadir ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman kerana satu hantaran menerusi akaun media sosialnya yang didakwa berbaur hasutan.

Walau bagaimanapun, beliau enggan pula menyerahkan sebarang komputer peribadi yang digunakan untuk memuat naik status tersebut kerana menyifatkan ia salah guna kuasa.

“Sepatutnya agensi ini bantu rakyat dalam isu kesalinghubungan dan kestabilan jaringan tetapi apa berlaku kini, memang jelas bentuk salah guna kuasa oleh kerajaan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya