CEO Mcdonald's akui boikot di Malaysia bagi kesan besar

CEO Mcdonald’s akui boikot di Malaysia bagi kesan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Boikot secara besaran-besaran di seluruh dunia termasuk di negara-negara Asia Barat dan majoriti Islam seperti Malaysia dan Indonesia memberi kesan besar terhadap jualan produk makanan segera, McDonald’s.  

Perkara itu diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chris Kempczinski apabila pertumbuhan jualan bagi bahagian rantaian makanan segera untuk Asia Barat, China dan India pada Oktober hingga Disember lalu, hanya mencatatkan 0.7 peratus berbanding jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus. 

“Ia adalah tragedi kemanusiaan. Apa yang sedang berlaku (konflik di Gaza) memberi kesan kepada jenama seperti kami. 

“Selagi konflik masih berterusan, kami jangka tidak dapat melihat pertumbuhan signifikan dalam aspek jualan,” katanya lapor Al Jazeera. 

Rangkaian makanan segera yang bertapak di Amerika Syarikat itu berdepan ancaman boikot besar-besaran di seluruh dunia, selepas Alonyal mengumumkan untuk menderma makanan percuma kepada tentera Israel selepas serangan tercetus, 7 Oktober lalu. 

Dalam perkembangan lain, McDonald’s mengumumkan akan membeli francais Israel berusia 30 tahun daripada Alonyal yang menyaksikan pengambilalihan pemilikan 225 cawangan yang menggaji lebih 5,000 pekerja. 

McDonald’s adalah syarikat global tetapi kebanyakan francaisnya dimiliki oleh pemilik tempatan dan beroperasi secara autonomi. 

Kempczinski berkata, syarikat itu menyaksikan ‘impak perniagaan bermakna’ di beberapa pasaran di Asia Barat serta rantau lain susulan konflik Israel-Hamas. 

Selepas proses transaksi selesai dalam beberapa bulan akan datang, McDonald’s akan memiliki cawangan dan operasi Alonyal serta mengekalkan pekerjanya. 

Bagaimanapun, butiran mengenai transaksi antara kedua-dua syarikat tidak didedahkan. 

McDonald’s tetap komited menyumbang kepada pasaran ekonomi Israel dan memastikan pekerja dan pengalaman pelanggan yang positif dalam pasaran pada masa hadapan. 

Pemilik Alonyal, Omri Padan berkata, Alonyal Limited berbangga untuk membawa Golden Arches ke Israel dan berkhidmat kepada masyarakat. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×