Buang sampah secara haram: SWCorp keluar denda hampir RM1 juta

Buang sampah secara haram: SWCorp keluar denda hampir RM1 juta

MOHD. Jafni Md. Shukor (tengah) menyantuni peniaga di Bazar Ramadan Jalan Enggang, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengeluarkan denda hampir RM1 juta terhadap pihak yang membuang sampah secara haram di negeri ini sejak 2018 sehingga Februari lalu.

Pengarah SWCorp negeri, Zainal Fitri Ahmad berkata, jumlah itu secara keseluruhan melibatkan 56 kes yang didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 71 (1) Akta 672 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

“Semuanya berjumlah RM919,000 dengan Johor Bahru mencatatkan jumlah denda tertinggi iaitu sebanyak RM528,000.

“Daripada jumlah itu, 31 kes yang sudah selesai didakwa melibatkan 16 individu dan dua syarikat,” katanya pada Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran Sempena Bulan Ramadan di Bazar Ramadan Jalan Enggang Bandar Putra, di sini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

Mohd. Jafni berkata, sejak November lalu, sebanyak 545 kompaun berjumlah keseluruhan RM136,550 telah dikeluarkan oleh penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kesalahan membuang sampah, sejak November lalu.

Katanya, kerajaan negeri serius dalam melaksanakan agenda Johor Bersih dengan mempertingkat tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN