Beras dibuang kerana tercemar, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf

Beras dibuang kerana tercemar, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf

ANTARA sebahagian beras dan sardin yang dibuang di kawasan pembuangan sampah dekat Rumpun Makmur, Kuala Krau di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH:  Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr.  Ismail Mohamed Said memohon maaf  berhubung isu pelupusan beras dan barangan dapur  di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum, di sini.

Katanya, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu itu dan menyesali perkara yang berlaku.

Kata beliau, beras dan barangan dapur berkenaan adalah stok simpanan yang disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

“Pada 5 April 2024, saya telah menerima aduan daripada jiran yang menyatakan terdapat bau busuk di tempat stor simpanan barangan dapur tersebut.

“Hasil siasatan di stor simpanan ini mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk atau kutu beras.

“Barangan lain juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar untuk makanan manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail Mohamed Said

Terdahulu, tular dalam laman media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum.

Ismail berkata, barangan dapur itu disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 2022.

Katanya, umum mengetahui bahawa dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.

“Pembelian barangan dapur ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang. Ia juga tidak melibatkan peruntukan barangan dalam tempoh Covid-19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir, ” katanya.

Lokasi pembuangan beras dan barang dapur telah dibersihkan.

Menurutnya,  sebahagian daripada barangan itu telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar serta sebahagian lagi dilupuskan.

“Saya mengambil tanggungjawab dan sangat menyesali perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan,” katanya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya