Bayaran artis baru terlalu tinggi - Nizam Laksmana - Utusan Malaysia

Bayaran artis baru terlalu tinggi – Nizam Laksmana

PENARAH Nizam Laksama Production dan Penyanyi. Sidang media Showcase Amal Artis Legenda 4.0 di Hotel Grand Barakah, Ampang. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar bayaran yang terlalu tinggi menjadi antara sebab ketiadaan penyanyi-penyanyi baru dalam Showcase Amal Artis Legenda 4.0 yang bakal berlangsung 1 Jun depan.

Perkara itu dijelaskan penganjur yang juga penyanyi, Nizam Laksamana bagi menjawab persoalan tentang showcase tersebut yang hanya dibarisi penyanyi lama.

“Ada yang bertanya kenapa tak jemput artis baharu. Saya jelaskan di sini, bayaran mereka terlalu tinggi.

“Kita faham, mereka layak untuk mahal kerana nama mereka tengah ‘naik’. 

“Sebab itu kita bariskan artis lama untuk showcase ini, kerana mereka sudi dan tak berkira-kira pasal bayaran sebab nak membantu,” kongsinya.

SIDANG media Showcase Amal Artis Legenda 4.0 di Hotel Grand Barakah, Ampang. / M Firdaus M Johari

Showcase Amal Artis Legenda 4.0 yang akan dilaksanakan di Hotel Grand Barakah, Ampang menampilkan Zamani Slam, Zarul Umbrella, Acong Sweetchild, Tam Spider, Ameng Spring, Shafie Rio, Ady Wow, Dwen, Mawi dan Wann.

Nizam atau nama sebenarnya Mohd. Nizam Pechok meluahkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada artis-artis senior yang sudi menjayakan showcase tersebut.

Katanya dia mengagumi semangat mereka yang sanggup menolak tepi soal bayaran demi membantu mengumpul dana untuk disumbangkan kepada  artis-artis lain yang dalam kesusahan.

“Contohnya Zarul, dalam kesibukan mengendalikan podcastnya selain komitmen sebagai felo di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan, dia tetap sedia membantu dan tidak langsung bertanyakan soal bayaran.

“Begitu juga dengan Zamani yang berhati murni, meminta saya menukar bayarannya kepada bayaran bayaran tempat duduk untuk peminatnya datang menyaksikan showcase ini. Tak mudah sebenarnya untuk seorang penyanyi buat begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 57 tahun itu turut memaklumkan showcase itu adalah yang terakhir dianjurkan selepas tiga edisi pada tahun-tahun sebelumnya.

“Usaha yang saya lakukan ini lebih kepada mengenang rakan-rakan seperjuangan yang dalam kesulitan. Tapi ia bukanlah untuk selamanya.

“Harapan saya ada pihak yang memberi sokongan dengan membeli tiket. Kutipan yang kita peroleh, selepas ditolak kos-kos penganjuran, akan terus disalurkan kepada rakan artis yang dalam kesusahan,” tambahnya.

Pembelian tiket untuk menyaksikan showcase berkenaan masih boleh dibuat dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Azmi di talian 016 317 1222, Remy (018 3536786) atau Hamri (014 3380185)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya