Ocean Infinity bentang pelan baharu cari MH370 - Utusan Malaysia

Ocean Infinity bentang pelan baharu cari MH370

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat robotik marin Ocean Infinity sudah membentangkan pelan baharu bagi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kepada Menteri Pengangkutan
Loke Siew Fook semalam.

Kumpulan ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 berkata, pembentangan itu diterima baik oleh Loke dan pasukannya.

“Kami menunggu kertas kerja yang diperlukan disemak sebelum kontrak baharu ditandatangani.

“Keluarga MH370 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat,” kata kumpulan itu,” katanya menerusi hantaran laman Facebook kumpulan itu, semalam.

Terdahulu, Ocean Infinity melaksanakan pencarian di Lautan Hindi pada 2017 dan berakhir pada 2018.

Peristiwa penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru dilaporkan hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pada awal bulan lalu, Loke memberitahu, beliau akan bertemu dengan Ocean Infinity untuk membincangkan mengenai kemungkinan menyambung semula pencarian MH370.

“Kita tunggu dulu kertas cadangan mereka dan selepas dengar pembentangan, kementerian perlu buat kertas Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri untuk mengadakan komitmen tersebut.

“Kena faham prinsipnya ialah ‘no cure, no pay’. Kalau mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. Namun begitu kalau sudah ada komitmen (perjanjian), kalau mereka jumpa kita perlu bayar. Ia (akan) melibatkan implikasi kewangan dan memerlukan kelulusan Jemaah Menteri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN