Bapa Catriona Ross meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Catriona Ross meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Catriona Ross, 44, berkongsi khabar duka apabila bapanya, Bahrin Ross meninggal dunia Jumaat lepas.

Perkara itu dimaklumkan Catriona menerusi satu perkongsian di Instagram.

“Ini adalah berita yang sukar dan menyedihkan untuk dikongsikan lebih-lebih lagi selepas pemergian ibu pada 2013.

“Mewakili keluarga saya ingin memaklumkan ayah kami telah pergi bertemu Ilahi semalam (Jumaat) sekitar pukul 1.30 pagi waktu United Kingdom bersamaan 25 Ramadan,” katanya.

Pemilik nama sebenar Norhayati Ross Bahrin dalam perkongsian sama menyifatkan arwah bapanya seorang yang penyayang.

“Arwah seorang penyayang yang sering diingati sebagai seorang yang sentiasa tersenyum dan sangat ramah. Kami akan merindukanmu, ayah telah membawa pergi sebahagian daripada saya.

“Al Fatihah kepada lelaki yang yang mengajar saya menjadi berani dan mendidik saya menjadi seorang yang lebih baik,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya