ANIH jangka lebih 2.84 juta kenderaan guna Lebuhraya KL-Karak, LPT1

ANIH jangka lebih 2.84 juta kenderaan guna Lebuhraya KL-Karak, LPT1

Radzimah Mohd Radzi mengedarkan bungkusan bubur lambuk kepada pemandu KL-Karak dan LPT1 di RNR Genting Sempah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ANIH Berhad menjangkakan lebih 2.84 juta kenderaan menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Datin Radzimah Mohd Radzi, anggaran itu bagi tempoh perjalanan selama 11 hari ini iaitu 6 hingga 7 April dan 13 hingga 14 April ini.

Beliau berkata, berbanding purata trafik harian, jumlah itu merupakan peningkatan lebih 60 peratus bagi KLK dan lebih 100 peratus untuk LPT1

“Di sepanjang Lebuhraya KLK dijangka kedua-dua Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong akan mengalami kepadatan trafik yang tinggi, begitu juga di Lebuhraya LPT1 iaitu di Plaza Tol Karak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Radzimah berkata, ANIH telah mengambil  langkah-langkah proaktif termasuk penambahan kakitangan tol sebanyak 23 peratus, aktivasi lorong tol tambahan, serta penempatan ahli RELA di kawasan-kawasan strategik terutamanya di waktu-waktu puncak.

“ANIH turut melaksanakan ‘lane channelisation’ di Plaza Tol Gombak arah Barat untuk menyuraikan trafik dan mengelakkan kesesakan bagi pengguna yang menuju ke arah Ampang dan Batu Caves.

“Pengguna lebuh raya diingatkan supaya memberi keutamaan kepada keselamatan, mengamalkan pemanduan yang berhemah, dan memastikan baki e-wallet dan kad Touch & Go sentiasa mencukupi,” jelasnya.

Tambah beliau,  antara langkah yang akan diambil adalah penambahan kakitangan tol sebanyak 23 peratus iaitu lebih 400 kakitangan tol akan bertugas di waktu-waktu puncak bagi melancarkan aliran trafik di Plaza tol.

Selain itu, katanya, lorong tol tambahan akan diaktifkan sekiranya berlaku peningkatan trafik.

“Bagi mengoptimumkan pengurusan trafik di plaza tol, Kawasan Rehat & Rawat (R&R), dan hentian sebelah, seramai 217 ahli RELA akan ditempatkan di kawasan-kawasan strategik terutamanya di waktu-waktu puncak.

“Penambahan sebanyak 20 peratus, iaitu 147 orang kakitangan bahagian trafik akan ditempatkan di Pusat Kawalan Trafik (TCC), LPT Ronda, Pasukan trafik dan trak tunda untuk membuat pemantauan, rondaan, bantuan kecemasan dan kemalangan kepada pengguna lebuh raya sepanjang 24 jam,” katanya. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN