Anak artis pun tak boleh ada akaun media sosial - Fahmi

Anak artis pun tak boleh ada akaun media sosial – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersama, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara FINAS dan PERKESO di Hotel Royale Chulan. Foto : Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun hidup dalam serba terkenal dan mewah, anak-anak artis bawah 13 tahun juga tidak terlepas dari penguatkuasaan media sosial. 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu bukan sahaja tertakluk kepada rakyat biasa, bahkan termasuk orang-orang kenamaan. 

“Itu sudah melanggar garis panduan komuniti bagi platform media sosial dan sekiranya ada mana-mana pihak ingin mengadakan perbincangan, saya alu-alukan.

“Namun, mana-mana platform tidak membenarkan sesiapa di bawah usia berikut untuk mendaftar akaun mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, beliau mengingatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak berusia bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial.

“MCMC mendapati kanak-kanak pada umur tersebut tidak sesuai menggunakan mana-mana sosial media.

“Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya dan MCMC. Kita akan shut down (tutup) akaun tersebut,” katanya.

Sementara itu, Fahmi juga berkata sudah pun berbincang dengan platform-platform media sosial dalam mekanisme mengekang pendaftaran akaun kanak-kanak bawah 13 tahun. 

Mengulas lanjut, Kementerian Komunikasi sedang meneliti secara keseluruhan dan pada pertengahan Mei akan adakan mesyuarat jawatankuasa untuk mencadang rang undang-undang keselamatan dalam talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN