Aliran trafik perlahan sebelah petang

Aliran trafik perlahan sebelah petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik dilaporkan tinggi dan bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan peningkatan kenderaan meninggalkan Lembah Klang untuk bercuti sempena Hari Raya  Aidilfitri.

Setakat pukul 3.30 petang, berlaku  peningkatan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik bergerak perlahan terutama di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik sesak sepanjang empat kilometer arah selatan dari Shah Alam ke Seafield  selepas sebuah lori rosak di KM5.0 di Lebuhraya ELITE.

“Aliran trafik juga  perlahan di Bukit Tinggi ke Lentang dan Bukit Lanjan ke Kota Damansara,” katanya.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari Gua Tempurung ke Gopeng, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Juru ke Perai dan dari Tapah Ke Gopeng.

Bagi laluan arah selatan, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Senai Utara ke Kulai dan Kempas ke persimpangan Dato’ Onn.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN