PETALING JAYA: Sebuah papan tanda iklan (billboard) yang terletak di tepi Lebuh Raya Persekutuan selepas susur keluar Jalan Gasing disini terbakar hari ini.
Difahamkan, kejadian dilaporkan terbakar kira-kira pukul 1.25 tengah hari tadi.
Kejadian menyebabkan kenderaan di lebuh raya menghala Petaling Jaya sesak sepanjang kira-kira tiga kilometer (km).
Kejadian tersebut dirakamkan oleh beberapa pengguna media sosial yang memaparkan papan elektronik itu sedang berasap.
Bagaimanapun, hanya sebahagian papan tanda tersebut dilihat terbakar manakala bahagian lain masih sempurna.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, pihaknya telah menugaskan beberapa anggota polis trafik di lokasi kejadian bagi mengawal lalu lintas.
“Keadaan terkawal, pihak bomba berada di lokasi kejadian,”
“Terdapat mangsa iaitu pekerja penyelenggaraan, namun maklumat lanjut kejadian masih sedang diperoleh untuk pengesahan,” ujarnya. – UTUSAN
TANGKAP layar dari media sosial kebakaran papan tanda iklan di tepi Lebuh Raya Persekutuan, tengah hari tadi.










