Tindakan majikan bawa masuk pekerja saat akhir punca KLIA, KLIA2 sesak

Tindakan majikan bawa masuk pekerja saat akhir punca KLIA, KLIA2 sesak

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan majikan yang membawa masuk pekerja mereka pada saat-saat akhir menjelang 31 Mei ini menjadi punca peningkatan kadar kemasukan pekerja asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan Terminal 2.

Ini berikutan Kerajaan menetapkan esok sebagai tarikh akhir kepada majikan untuk membawa masuk pekerja asing mereka. 

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, sebagai perbandingan, dalam keadaan biasa, ketibaan harian pekerja asing adalah antara 500 hingga 1,000 orang.

Bilangan ketibaan mula meningkat sehingga 2,500 orang sehari pada 22 Mei lalu seterusnya pada 27 Mei lepas telah meningkat sehingga 4,000 hingga 4,500 orang sehari.

“JIM menjangkakan bilangan ketibaan terus meningkat sehingga esok berdasarkan makluman dari syarikat penerbangan yang akan meningkatkan jumlah penerbangan mereka bagi memenuhi permintaan.

“Selain itu, setiap pekerja asing yang masuk ke Malaysia perlu melalui proses semakan dan pengesahan pemeriksaan kesihatan mereka di KLIA,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Ruslin berkata, bagi mengurus situasi itu, pihaknya dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad telah mengambil langkah segera untuk menguruskan kesesakan berkenaan bagi memastikan keselesaan penumpang-penumpang lain di KLIA terjamin.

Kata beliau, antara tindakan yang dilaksanakan adalah dengan menambah bilangan kaunter untuk mempercepat proses semakan dan pengesahan.

“Selain itu, menambah bilangan pegawai Imigresen untuk menguruskan ketibaan pekerja asing yang ramai dan menguruskan kebajikan seperti menyediakan makan dan minum untuk pekerja asing yang berada di terminal.

“Jabatan inui akan terus memantau dan menambah baik situasi ini dan mengesa para majikan memberi kerjasama penuh dengan hadir segera bagi menyelesaikan proses pemeriksaan imigresen pekerja mereka yang seterusnya akan mengurangkan kesesakan di balai ketibaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×