AIM peruntukkan RM50 juta untuk usahawanita India

AIM peruntukkan RM50 juta untuk usahawanita India

RAMANAN Ramakrishnan (tengah) bergambar bersama Sahabat Usahawan India selepas majlis Pelancaran Dana Khas Pemerkasaan Wanita India di Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukan dana khas berjumlah RM50 juta untuk Sahabat Usahawan Wanita berbangsa India bagi memperkasa golongan itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, dana khas itu akan disalurkan melalui Program Khas iaitu P.E.N.N (Prosperity, Empowerment and A New Normal) seiring dengan gagasan Malaysia Madani.

“Pendekatan ini merupakan satu lagi usaha untuk memperkasakan usahawan wanita India menuju ke satu tahap yang lebih baik lagi. Usaha pemerkasaan ini merupakan satu lagi proses untuk memajukan diri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dana khas pemerkasaan wanita India di Bandar Seri Damansara, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid serta Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz.

Menurut Ramanan, peruntukan itu menggunakan dana dalaman AIM dan dijangka akan memberi manfaat kepada 7,100 sahabat baharu usahawan India dan 3,100 sahabat usahawan India sedia ada.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang mendapat manfaat melalui peruntukan dana khas ini ialah seramai 10,200 orang Sahabat Usahawan,” katanya.

Tambah Ramanan, peruntukan dana khas itu boleh dipohon sehingga RM30,000 dan permohonan dibuka bermula 15 April 2024 di 124 cawangan AIM di seluruh negara.

“Syarat utama mereka yang layak mestilah warganegara Malaysia, berbangsa India dan wanita sahaja,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN