KULAI – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 7,947 laporan berhubung pautan palsu dalam media sosial untuk disiasat sejak 1 Januari hingga 30 Mac lalu. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, pautan palsu itu antaranya membabitkan kandungan bantuan kerajaan yang mengelirukan pengguna media sosial. Menurut beliau, laporan pautan palsu berunsur penipuan itu majoriti disebarkan menerusi media sosial Facebook diikuti Telegram, TikTok dan platform digital lain. “Bila…