100,000 individu hidap masalah kesihatan lelaki terima khidmat nasihat percuma - Utusan Malaysia

100,000 individu hidap masalah kesihatan lelaki terima khidmat nasihat percuma

AHMAD Samhan Awang menunjukkan produk kesihatan lelaki yang dijual di Him Clinic di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lebih 100,000 individu yang menghidap masalah kesihatan lelaki mendapatkan khidmat nasihat secara dalam talian yang disediakan pusat rawatan dan konsultasi Kesihatan, Him Clinic di sini, sejak tahun lalu.

Pakar kesihatan lelaki, Dr. Ahmad Samhan Awang, 38, berkata, kebanyakan lelaki yang mendapatkan khidmat nasihat secara percuma dan rawatan itu berusia 18 tahun ke atas.

Menurutnya, beliau mendapati kebanyakan lelaki tersebut mengalami masalah kesihatan tersebut akibat tekanan hidup selepas penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020.

Katanya, Him Clinic adalah satu-satunya pusat rawatan kesihatan lelaki di negara ini yang beroperasi 100 peratus secara dalam talian.

“Kita faham kebanyakan lelaki terutama mereka yang menghadapi masalah kesihatan lelaki susah jumpa doktor, jadi kita buka klinik secara dalam talian untuk memberi peluang kepada golongan lelaki mengadu masalah yang dihadapi tanpa malu dan segan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada masa ini, Dr. Ahmad Samhan aktif di semua platform media sosial termasuk TikTok, Instagram, Facebook, Twitter dan Telegram.

Selain itu, Dr. Ahmad Samhan memberitahu,
pesakitnya pula terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan termasuk dalam kalangan rakyat Singapura dan Brunei.

Katanya, Him Clinic mempunyai seramai 35 kakitangan yang terlatih bagi membantunya dalam memberi khidmat nasihat secara dalam talian.

“Pesakit boleh mendapatkan tarikh untuk khidmat nasihat dan mengenal pasti masalah kesihatan lelaki yang dihidapi.

“Seterusnya untuk rawatan, ubat-ubatan akan dihantar terus ke rumah dan perkembangan pesakit akan dipantau bagi memastikan rawatan adalah bersesuaian dan berkesan,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini, beliau juga mengeluarkan dua produk kesihatan lelaki formula sendiri iaitu kopi pracampuran dan cecair semburan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat percuma boleh menghubungi Him Clinic di talian 09-6178333 atau melayari laman web www.forhimclinic.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN