SHAH ALAM: Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi 2024 di negeri ini kekal seperti tahun lalu iaitu RM7, RM14 dan RM21 berdasarkan jenis beras yang digunakan oleh umat Islam di seluruh Selangor. Kadar tersebut kekal mengikut harga beras setiap gred dan jenis menerusi penilaian berdasarkan satu gantang Baghdad atau 2.6 kilogram (kg) beras. Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataannya memberitahu, kadar RM7 adalah bagi pengguna yang menggunakan beras Super Spesial Tempatan…