Teliti semula undang-undang penjualan minuman keras

Teliti semula undang-undang penjualan minuman keras

Minuman keras
ANFAAL Saari ditemui pada Majlis Town Hall X Raya Wanita Berdaya Selangor 2026, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penjualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di negeri ini akan diperhalusi semula terutama melibatkan kawasan yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, ia melibatkan penguatkuasaan undang-undang kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) juga peniaga-peniaga kedai serbaneka.

“Dari segi undang-undang, minuman keras itu macam bir, itu kita perhalusi balik undang-undang kecil ataupun di bawah pihak berkuasa tempatan. Itu sudah lama dibincangkan di (melibatkan) kedai-kedai serbaneka.

“Mungkin di kawasan yang majoriti bukan Islam. Kalau kata kawasan yang masih lagi majoriti Muslim, sensitiviti itu perlu ditingkatkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Town Hall X Raya Wanita Berdaya Selangor 2026, hari ini.

Kelmarin, Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan pemandu yang memandu kereta Honda City dalam keadaan mabuk di Jalan Raya Barat, Klang.

Lelaki berusia 20-an itu kemudian diperintahkan menjalani reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret bagi tujuan siasatan.

Jelasnya, beliau juga mencadangkan supaya tempoh penjualan minuman keras turut diteliti terutama pada waktu siang apabila lebih ramai pengguna berada di jalan raya berbanding malam.

“Saya secara peribadi perlu teliti semula penjualan-penjualan itu (minuman keras) mungkin pada waktu-waktu tertentu dan apabila minum pada waktu siang, disusuli dengan memandu, sudah pasti keadaannya akan membahayakan (pengguna lain).

“Yang kedua adalah alkohol yang keras yang di bawah kawalan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan sebagainya. Isu yang kita dapati adalah mereka menyeludup.

“Itu adalah satu usaha isu yang perlu ditangani yang lebih baik oleh kerajaan persekutuan. Jadi banyak perkara dari segi masa, tempat penjualan, siapa yang dibenarkan menjual, siapa yang dibenarkan membeli dan sebagainya perlu diperhalusi.

Kata Anfaal lagi, pihaknya akan melawat balu kepada allahyarham, Nor Nadia Abdul Majid, 32, sebelum menentukan sebarang bantuan kepada tiga orang anak mereka.

Bantuan tersebut termasuklah persekolahan kepada ketiga-tiga anak mereka serta peluang pekerjaan atau perniagaan melalui program-program di bawah kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN