Zahid bidas pihak label UMNO ‘biawak hidup’ - Utusan Malaysia

Zahid bidas pihak label UMNO ‘biawak hidup’

UMNO biawak hidup
AHMAD Zahid Hamidi menyerahkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dekat Masjid As Solihin Kampung Kanchong Darat, Banting di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Tindakan melabel anggota kabinet UMNO dalam kerajaan seperti ‘biawak hidup’ disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak wajar apabila pimpinannya kini berusaha menangani kos sara hidup.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau membidas kenyataan yang dibuat bekas ahli parti itu yang bertindak demikian terutama ketika kerajaan sedang melaksanakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menurutnya, setiap usaha dan langkah baharu yang dibuat kerajaan pasti mendapat kritikan oleh pihak tertentu termasuk sistem PADU. 

“PADU dilancarkan bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan sasar. Tetapi sebaik sahaja ia dilancarkan, wujud kebencian yang mendakwa data peribadi akan digunakan oleh kerajaan, terutamanya Kementerian Ekonomi.

“Semua yang baharu pasti ada cabarannya dan cabaran itu adalah kita tahu 22 peratus termasuk dalam golongan anti-establishment,” katanya ketika ditemui pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, hari ini.

Terdahulu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi rancangan podcastnya bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini menimbulkan persoalan berkaitan persepsi terhadap kerajaan dibebani oleh UMNO.

Malah, dalam temubual tersebut, bekas Menteri Kesihatan itu mengumpamakan UMNO sebagai ‘biawak hidup’ dalam Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN