YBR bantu 63 sekolah di Sabah

YBR bantu 63 sekolah di Sabah

EWON Benedick (empat dari kiri) bersama Philip Benedict Lasimbang (tiga dari kirir) dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani (dua dari kiri) ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Sekolah-sekolah di Kedamaian, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan kepada sekolah rendah dan menengah di Sabah termasuk sekolah rendah dan menengah pendidikan khas bagi membantu sesi persekolahan yang bermula sejak Mac tahun ini.

Sebanyak 63 buah sekolah melibatkan 54 sekolah kebangsaan (SK) dan 9 sekolah menengah kebangsaan (SMK) menerima bantuan ini melalui program bantuan sekolah YBR dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bantuan sekolah ini melibatkan murid dari kalangan Asnaf dan keluarga B40, berobjektif bagi membantu meningkatkan akademik murid-murid untuk sesi persekolahan bagi tahun 2024.

Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Ewon Benedick, Datuk Ewon Benedick berkata, bantuan ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baru.

“Saya amat berterima kasih kerana YBR berterusan membantu sekolah-sekolah di Sabah dan berharap lebih banyak organisasi lain akan turut sama berganding bahu dalam memberi bantuan-bantuan tanpa mengira bentuk atau nilai wang ringgit bagi memartabatkan pendidikan ke peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, pemberian bantuan ini dapat membantu pelajar dan sekolah khususnya di Sabah di dalam dua majlis penyerahan yang berasingan.

“Bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah ini diharapkan dapat memberi semangat dan motivasi kepada pihak sekolah untuk sentiasa meningkatkan momentum dalam membantu murid-murid serta ini sebagai salah satu strategi YBR dalam membantu komuniti setempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN