Wanita samun, cederakan warga emas ditahan - Utusan Malaysia

Wanita samun, cederakan warga emas ditahan

TANGKAP layar daripada rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek mengekori mangsa masuk ke dalam rumah sebelum melakukan cubaan samun dan cederakan pasangan warga emas di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang wanita berusia 49 tahun ditahan polis selepas dipercayai cuba menyamun dan cederakan pasangan suami isteri warga emas dalam kejadian di Felda Bukit Bading, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek yang merupakan seorang suri rumah ditahan di hadapan jalan besar berhampiran Balai Polis Ajil, dekat sini, kira-kira pukul 4.50 petang semalam

Menurut beliau, kes cubaan samun dilakukan suspek yang memakai topi kaledar sekitar pukul 10.03 pagi pada 27 Mac lalu ketika pasangan warga emas berada berdua di rumah.

“Terdahulu, suspek berpura-pura ingin menjual telekong sembahyang dan berjumpa dengan mangsa di hadapan rumah.

“Namun apabila mangsa masuk ke dalam rumah, suspek bertindak mengekorinya dan menolak mangsa hingga terjatuh.

“Suspek kemudiannya telah bergelut dengan isteri mangsa serta cuba meragut rantai leher yang dipakai tetapi gagal. Suspek kemudiannya larikan diri melarikan diri, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Zainul Mujahidin, isteri mangsa yang berusia 70-an mengalami kecederaan di leher serta beberapa bahagian badan kesan daripada pergelutan dan telah mendapat rawatan di Hospital.

Katanya lagi, bertindak atas maklumat dan risikan pihak polis berjaya menahan suspek dan hasil siasatan awal wanita terbabit mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.

Ujar beliau, pemeriksaan lanjut juga menjumpai beberapa barang kes yang berkaitan dan kes disiasat bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN