Wan Saiful kritik sikap berat sebelah MCMC

Wan Saiful kritik sikap berat sebelah MCMC

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang mempersoalkan sikap berat sebelah kerajaan yang menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan pantas terhadap pengkritiknya di media sosial namun ‘menutup mata’ aduan dikemukakan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Mempersoalkan tindakan itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana sejak kebelakangan ini penurunan kandungan, penutupan akaun media sosial, dipanggil untuk siasatan dan bermacam-macam lagi.

Menurutnya, ia berlaku terlalu banyak dan melibatkan ramai pihak namun dakwanya tindakan paling pantas akan dikenakan terhadap mereka yang mengkritik kerajaan.

“Tetapi jika ia memfitnah kami di Perikatan Nasional, tindakan itu tidak diambil dan (siasatannya) tidak berjalan pun,” katanya dalam klip video perbahasannya di Dewan Rakyat yang dikongsikan menerusi Facebook miliknya.

Wan Saiful mendakwa, perkara itu terjadi kepada dirinya sendiri apabila aduan fitnah yang dilakukannya kepada MCMC terhadap seorang individu bernama Mohd. shukri Shamsuddin tidak dilayan oleh agensi tersebut.

“Apabila saya bawa ke mahkamah, akhirnya individu itu, iaitu Mohd Shukri Shamsuddin, diheret untuk meminta maaf kepada saya dalam mahkamah.

“Maksudnya, sehingga mahkamah pun dah selesaikan namun sehingga hari ini, aduan yang dibuat kepada MCMC statusnya masih siasatan,” katanya.

Justeru, bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mempersoalkan peruntukan besar diberikan kepada MCMC namun keberkesanannya hanya memihak kepada kerajaan semata-mata.

“Apalah gunanya peruntukan sebegitu banyak diberikan kalau sekiranya efficiency (keberkesanan) MCMC hanyalah berat sebelah semata-mata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×