GUA MUSANG: UMNO Bahagian Gua Musang bersedia berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) sekiranya kerusi Parlimen kawasan itu yang disandang oleh Mohd. Azizi Abu Naim dikosongkan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, ketika ini mereka hanya menunggu perkembangan selanjutnya mengenai nasib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Gua Musang itu. “Saya menerima apa saja keputusan…jika ada PRK kita bersedia untuk merampas semula kerusi ini (Gua Musang),” katanya ketika…