Tular kereta rempuh lori, pelajar wanita parah 

Tular kereta rempuh lori, pelajar wanita parah 

KEADAAN kereta dipandu pelajar wanita terbabit selepas terlibat kemalangan di Kilometer 4, Jalan Kota Tinggi-Kulai di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Kota Tinggi-Kulai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kejadian pada pukul 4.30 petang itu melibatkan mangsa berusia 19 dan seorang lelaki tempatan, 20, sebagai penumpang di bahagian depan SUV Toyota Rush tersebut, dengan sebuah lori Nissan UD dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun.

“Dalam kemalangan tersebut, wanita tersebut yang merupakan pelajar di institut pengajian tinggi awam di Johor Bahru mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul dan dirujuk ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan.

“Penumpang lelaki hadapan SUV tersebut pula cedera ringan di bibir dan tangan kiri, begitu juga pemandu dan kelindan lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan 1987 yang memperuntukan hukuman didenda RM5,000 sehingga RM10,000 dan boleh juga dipenjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Menurutnya,  polis masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan pemandu wanita terbabit mengalami  microsleep ketika kejadian berlaku. 

“Kita tidak dapat sahkan sebab mangsa sedang mendapat rawatan di HSA dan belum buat laporan polis serta rakam percakapan lagi.

“Polis Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama di jalan raya,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 25 saat yang memaparkan SUV berkenaan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh lori berkenaan sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN