KOTA KINABALU: Ketika murid sekolah lain teruja memulakan hari pertama persekolahan semalam, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan pula berhadapan dengan situasi berbeza. Sejak Ahad, kesemua 34 murid di sekolah kurang murid (SKM) yang berada di pedalaman Penampang itu mula masuk ke asrama. Jarak antara rumah dan sekolah yang agak jauh, iaitu memerlukan sehingga dua jam perjalanan merentasi hutan belantara menyebabkan semua murid diarahkan masuk ke sekolah sehari lebih awal berbanding sekolah lain. Rozielia Linda, 23, berkata, adik sepupunya Riana Lorna Rayner yang berusia tujuh tahun dan abangnya Reckjery Rayner, 12,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya