SHAH ALAM: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang dilapor mengisytihar sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari akan dirujuk kepada perlembagaan parti. Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan tersebut disifatkan sebagai khianat dan mereka yang berbuat demikian dituntut untuk mengosongkan kerusi mereka. Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Pembangkang Selangor menggesa Abdul Rashid supaya tampil menjelaskan kedudukannya…










