Tiada imuniti Parlimen lapor kes rasuah - MCW

Tiada imuniti Parlimen jika lapor kes rasuah

Wacana Intelek
WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana individu yang ditawarkan rasu­ah bertanggungjawab untuk segera membuat laporan berlandaskan undang-undang di bawah Seksyen 25 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, SPRM pula bertindak proaktif untuk berjumpa dan mengambil butiran atau maklumat secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.

Dalam hal ini, jelasnya, apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyebut mengenai dakwaan rasuah di Dewan Rakyat, maka ia menjadi tanggungjawabnya sendiri untuk membuat laporan di bawah akta berkenaan.

“Sepertimana dalam peruntukan Akta SPRM 2009 iaitu di bawah Seksyen 7 (a), pegawai SPRM mempunyai fungsi menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan kesalahan rasuah dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktikal oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Apa-apa perkara yang dibangkitkan berkaitan isu atau perkara melibatkan rasuah, SPRM boleh bertindak demi menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai agensi utama yang memerangi rasuah selari dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa SPRM tidak perlu terlibat dengan pendedahan yang dibuat Wan Saiful pada bulan lalu membabitkan tawaran habuan.

Hamzah berkata, semua ahli Parlimen termaktub di bawah Akta Kuasa dan Keistimewaan Ahli Parlimen 1952 yang menetapkan mereka mempunyai hak serta imuniti di Dewan Rakyat.

Dalam isu imuniti Dewan Rakyat, Jais menjelaskan, se­pertimana digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Keistimewaan Parlimen Perkara 63 (1), (2) dan (3), ia sebenarnya berkaitan de­ngan imuniti terhadap prosi­ding di dalam mahkamah.

Menurutnya, Perkara 63 (2) menyatakan dengan jelas, “Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.”

“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hanya memberi kenyataan meminta Wan Saiful untuk membuat aduan atau laporan kepada SPRM sekiranya benar dia ditawarkan rasuah.

“Kenyataan ini tidak melibatkan apa-apa prosiding mahkamah, maka ia tidak termasuk dalam keistimewaan ahli Parlimen mendapat perlindungan imuniti Parlimen,” katanya.

MCW berharap ahli-ahli politik tidak memanipulasi fakta dan undang-undang sedia ada untuk mengaburi mata rakyat yang boleh mewujudkan persepsi buruk terhadap fungsi dan peranan agensi penguat kuasa negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN