Tambah peruntukan elak PADU digodam

Tambah peruntukan elak PADU digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan disaran menyediakan peruntukan bagi mewujudkan sistem penangkis penggodam Pangkalan Data Utama (PADU) dan mencari langkah terbaik agar dapat memberi keyakinan kepada rakyat.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, isu sekuriti dan keselamatan masih menjadi punca individu enggan mengemaskini PADU.

Oleh itu, katanya, kerajaan perlu berbelanja besar dalam mewujudkan sistem penangkis penggodam ini.

“Sistem PADU perlu diwujudkan dengan perincian keselamatan terbaik bagi menjimatkan penggunaan tenaga kerja manusia dalam menangani isu maklumat digodam.

“Cubaan individu untuk menggodam PADU membimbangkan rakyat apabila sistem itu menjadi sasaran penggodam dalam menunjukkan kemahirannya mereka kepada dunia.

“Isu sekuriti tetap menjadi antara alasan utama bagi mereka yang tidak mendaftar lagi. Malah golongan T20 dan B40 pula tidak mendaftar kerana berpendapat mereka tidak akan menerima bantuan subsidi bersasar apabila dilaksanakan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, data dalam PADU mempunyai pelbagai elemen yang secara tidak langsung menjadi tarikan kepada penjenayah siber untuk mencuri maklumat tersebut.

Sementara itu, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerajaan perlu mencari langkah terbaik dalam meyakinkan rakyat untuk isi PADU.

“Kerajaan perlu mengumumkan melalui infografik secara perbandingan manfaat yang diperoleh oleh rakyat jika mendaftar PADU dan tidak mendaftar.

“Apabila mereka yang mendaftar PADU mendapat manfaat selepas tarikh tutup maka secara tidak langsung akan menarik minat apabila pendaftaran kembali dibuka kemudian,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×