Tak sokong perangai artis tak bermoral - Siti Rosmizah - Utusan Malaysia

Tak sokong perangai artis tak bermoral – Siti Rosmizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit drama popular, Siti Rosmizah Semail, berpendapat, untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap seseorang pelakon kontroversi seharusnya dilihat dari pelbagai sudut pandang sebelum keputusan itu dibuat.

Ini kerana katanya, seandainya pelakon itu dibuang dari produksi contohnya, keputusan itu melibatkan kos dan jadual pelakon-pelakon lain juga.

“Tak boleh buat keputusan terburu-buru. Penerbit ada tarikh penghantaran bagi setiap bahan kandungan yang disiapkan. Jika baru saja mula penggambaran dan tak sampai 10 peratus, lebih baik tamatkan kontrak mereka.

“Kami sebagai penerbit ada satu terma dalam kontrak yang boleh gugurkan mereka yang berkelakuan tak senonoh. Dari ambil risiko terus dengan mereka, berkemungkinan drama akan terpalit dengan masalah mereka. Antaranya diboikot.

“Rasanya, kami sendiri sebagai penerbit tak nak sokong dengan perangai tak bermoral mereka. Tapi jika terbukti bersalah. Tak boleh hukum mereka ikut apa komen netizen, atau laporan di media sosial. Itu tak betul dan tak adil untuk mereka,” katanya.

Selain itu, Siti Rosmizah juga berkata, dia bersetuju jika artis terbabit kontroversi liar masih diberi peluang untuk bekerja seandainya sudah betul-betul insaf.

“Pada saya kita tak boleh hukum orang berdasarkan kisah lampau mereka. Manusia tak sempurna. Tak akan nak senarai hitam sampai mati? Tapi macam saya kata, masuk terma mengenai perangai dan tingkah laku yang perlu dijaga.

“Tetapi kalau asyik buat sikap buruk yang sama, tak perlu susahkan diri ambil mereka. Bak kata pepatah tak ada beban batu digalas. Dan orang yang ada sikap buruk ini lebih baik berhenti saja dari industri seni ini. Jangan menyusahkan orang lain dengan kejahilan diri,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya