SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhasrat untuk tidak meneruskan peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang akan tamat tempoh pada Sabtu ini. Pejabat Sultan Selangor menerusi kenyataannya berkata, baginda bertitah menyerahkan perkara itu kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk memilih seorang pengerusi baharu dalam kalangan raja pemerintah bagi meneruskan fungsi dan aspirasi MKI. “Agar kesinambungan fungsi dan aspirasi MKI akan dapat dilaksanakan…