ALOR SETAR: Jeti Penumpang Kuala Kedah, di sini yang menjadi pintu masuk utama pelancong untuk bercuti di Pulau Langkawi melalui perkhidmatan feri perlu dinaik taraf segera. Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, selaras dengan Tahun Melawat Kedah 2025 yang dianjurkan kerajaan negeri, Pulau Langkawi yang menjadi permata pelancongan negeri harus terus diperkasakan. Titah baginda, produk pelancongan sedia ada juga perlu dinaik taraf agar relevan dengan trend semasa kerana pelancongan…










