Subsidi tunai RM600  untuk tiket kapal terbang kepada  pelajar Sabah

Subsidi tunai RM600  untuk tiket kapal terbang kepada  pelajar Sabah

HAJIJI Noor (tengah) beramah mesra dengan pelajar-pelajar Sabah yang menghadiri majlis berbuka puasa di Pulau Pinang, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah memperuntukkan  RM10 juta untuk subsidi tiket penerbangan  kepada 18,000 pelajar negeri itu  yang belajar di Institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas secara sekali bayar (one off)   RM600 kepada setiap  pelajar  tersebut adalah peruntukan khas Ketua Menteri. 

“Bantuan khas tiket penerbangan one off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan dan boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah.

“Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan,” kata beliau pada majlis berbuka puasa bersama mahasiswa-mahasiswi Sabah di Pulau Pinang semalam. 

Dalam pada itu, menurut beliau, pada tahun ini Kumpulan Yayasan Sabah memperuntukkan RM67.4 juta untuk bantuan kewangan kepada pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Hajiji berkata, tambahan peruntukan itu jelas menunjukkan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf kualiti kehidupan dan pendidikan rakyat negeri Sabah

Jelas beliau, pelbagai inisiatif bantuan diperkasa termasuk untuk anak-anak dalam kalangan keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN