KUBANG PASU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) Songkhla dalam usaha untuk mengekang rasuah melibatkan jenayah sempadan khususnya penyeludupan. Menurut Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail, kerjasama itu antaranya melibatkan penyaluran maklumat antara kedua-dua pihak tersebut termasuk agensi penguatkuasa lain di sempadan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan polis. “Hari ini kita mengadakan mesyuarat di Sadao dengan NACC Songkhla bersama…