PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhubung notis kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu susulan penyandangnya meninggal dunia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya masih menunggu notis itu sebelum mesyuarat khas diadakan untuk menentukan writ-writ penting pilihan raya. “Belum lagi (terima notis rasmi kekosongan kerusi),” katanya ringkas hari ini. Sebagaimana kebiasaan, SPR akan menetapkan…










