IPOH: Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan tepung yang terbalik di Kilometer 292.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini hari ini menyebabkan kesesakan sehingga lebih 23 kilometer. Kejadian sekitar pukul 9 pagi itu menyebabkan lorong kanan di kedua-dua arah terhalang. PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, kerja-kerja pengalihan treler berkenaan sedang dijalankan dan lorong kecemasan dibuka kepada kenderaan lain bagi mengurangkan kesesakan. Setakat pukul 12.10 tengah hari ini,…