PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di sana selamat susulan serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, semalam. Dalam satu kenyataan, Wisma Putra pada masa sama menasihatkan mereka untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan insiden tembakan rambang di sebuah konsert di bandaraya itu. Katanya, ini termasuk mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa…










