Sedekah, mana yang lebih diutamakan?
Soalan
Memberi sedekah dan sumbangan derma adalah digalakkan dalam bulan Ramadan Tetapi ada pihak membuat sumbangan ke luar negara atau bukan kawasan kariah sedangkan secara logiknya bukankah lebih baik mengutamakan memberi sumbangan kepada di tempat tempat terdekat seperti dalam negara atau saudara dan ahli keluarga sendiri.
Mohon penjelasan ustaz.
Jawapan
Bersedekah kepada ahli yang dekat adalah lebih baik. namun sekiranya di luar sana sangat memerlukan berbanding yang dekat , maka boleh kita hulurkan dahulu yang berada jauh.
-Saudara seberang
Petaling Jaya
Puasa tapi tidak solat
Soalan
Apa hukumnya orang yang berpuasa di bulan Ramadan tetapi tak bersolat? Dapatkah dia pahala berpuasa itu?
Jawapan
Hukum meninggalkan solat pada bulan Ramadan adalah satu perkara yang terlarang. Teruskan puasa anda dan tambahkan amalan anda dengan menunaikan solat pasti akan ceria hidup.
-Jun Adib
Kuala Lumpur.
Perempuan seeloknya bersolat tarawih
di rumah?
Soalan
Betulkah seeloknya orang perempuan bersolat tarawih di rumah saja berbanding ke masjid. Itu lebih afdal?
Jawapan
Secara asasnya solat wanita afdalnya di rumah. namun bukan bererti dia tidak boleh menunaikan di masjid apatah lah masjid mempunyai program tazkirah maka eloklah pergi menunaikan solat terawih di masjid.
Aqilah Rahim
Paroi, Negeri Sembilan.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada
Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]










