Saya tak pernah cakap macam itu - Rozita Che Wan - Utusan Malaysia

Saya tak pernah cakap macam itu – Rozita Che Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan menolak tuduhan dia menghina dan memandang rendah golongan B40 ketika bersiaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.

Kata Rozita atau Che Ta, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan diada-adakan untuk menabur kebencian masyarakat kepadanya.

“Saya tak pernah cakap macam itu. Saya tak tahu portal mana (salah lapor), tapi tentunya yang tak bertanggungjawab.

“Jika pun saya berkata demikian, ia tidak membezakan saya dengan orang lain.

”Saya tetap kerja siang malam, bukan baring tidur tunggu duit turun dari langit. Jadi demi Allah saya tak pernah beza-bezakan (peringkat pendapatan),” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen PERKESO Membawa Senyuman petang tadi.

Rozita dikecam ramai gara-gara laporan sebuah portal yang menuduh dia membeza-bezakan anaknya dengan golongan B40 ketika bersiaran secara live di platform media sosial

Kata Rozita dia kecewa dengan tindakan portal berkenaan yang memetik dan menyeleweng kenyataannya berkaitan perkara itu.

“Tentu saya kesal, kenapa mereka menyeleweng kenyataan saya? Gara-gara mereka artis terima cemuhan.

”Tapi saya lega dengan respons positif netizen selepas saya dedahkan perkara itu di Instagram,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN