Saya tahu dosa, pahala. Bukan jampi tetapi… - Thalia Baiduri - Utusan Malaysia

Saya tahu dosa, pahala. Bukan jampi tetapi… – Thalia Baiduri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pelakon, Datin Thalia Baiduri tampil menafikan dakwaan kononnya dia mengamalkan pembacaan jampi setiap kali menyediakan makanan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jelas pengasas jenama Talia itu, apa yang dilihat sebagai jampi oleh segelintir warganet adalah selawat dan zikir yang dibaca setiap kali menyediakan makanan untuk suaminya, Datuk Shahriza Amir serta keluarga.

“Ya saya memang mengaku baca ‘jampi’, memanglah kita kena tundukkan dia (suami), itu hak kita. Kita mahu tawan hati melalui air tangan.

“Tetapi jangan risau, saya tahu dosa pahala, Alhamdulillah, saya hanya amalkan selawat dan zikir Ya Latif setiap kali masak.

“Itu memang rutin saya, sebab bila kita masak kena pastikan air tangan kita bersih, masakan sedap dan diberkati. Tak begitu,” ujarnya.

Pelakon drama Seindah Sakura berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Majlis Talia Glitz Raya – Budaya Bertemu Busana baru-baru ini.

Sebelum ini, menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok sebelum ini, ada segelintir netizen yang menegur usahawan berusia 37 tahun itu dengan menyifatkan perbuatan membaca jampi sebagai syirik.

Dalam pada itu, Thalia berkata, walaupun dia mempunyai pembantu rumah namun tidak makna dia boleh lepas tangan dan menyerahkan urusan rumah tangga kepada mereka.

“Saya tetap masuk dapur dan memasak untuk suami serta anak-anak. Saya ini memang suka live masak, kalau nampak kumat kamit tu saya baca doa, bukan benda karut.

“Mungkin netizen salah faham, kalau yang selalu ikut saya dia tahu sebab saya memang suka bergurau,” ujarnya.

Sementara itu, sempena Ramadan dan lebaranl ini, pelakon itu menerusi jenama Talia menawarkan dua buah motosikal jenama Benelli untuk pelanggan sebagai tanda penghargaan.

Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motosikal itu, Thalia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.

Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti. Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN