Saliran di bandar bukan hanya di bawah tanggungjawab JPS - Fadillah - Utusan Malaysia

Saliran di bandar bukan hanya di bawah tanggungjawab JPS – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Selain Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sistem saliran di bandar turut di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Pejabat Tanah dan Daerah.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,  semua sistem saliran dalaman iaitu sistem saluran buatan adalah di bawah seliaan PBT, manakala sistem saliran asal semula jadi iaitu sungai dan anak sungai diselia oleh JPS.

Malah, katanya lagi, JPS juga bertanggungjawab untuk mengurus dan menyenggara semua sungai termasuk yang terletak di dalam kawasan PBT.

“Sungai adalah komponen utama dalam pelaksanaan projek tebatan banjir. Rangkaian sungai dimodelkan untuk mengenal pasti dan merancang kerja naik taraf sungai, pembinaan ban, tembok penahan banjir, lencongan dan sebagainya.

“Selain itu, terdapat 98 kolam takungan banjir dengan jumlah luas 58.81 hektar dengan 18 daripadanya diselia JPS, manakala bakinya di bawah seliaan PBT dan pelbagai agensi lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai senarai inventori sungai, kolam, parit dan longkang bawah seliaan JPS.

Menurut Seksyen 50, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Fadillah menjelaskan PBT perlu membina dan menyenggara parit dan alur. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN