Rokok seludup RM7.92 juta diikrar sebagai perabot

Rokok seludup RM7.92 juta diikrar sebagai perabot

ROSELAN Ramli (depan) menunjukkan sebahagian daripada rokok seludup yang dirampas oleh kastam dalam sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya mematahkan sindiket cubaan menyeludup rokok putih yang dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mac lalu.

Pengarahnya, Roselan Ramli berkata, rampasan itu dijalankan sepasukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri selepas menahan sebuah kontena kira-kira pukul 10.40 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kontena tersebut menjumpai 900 kotak bersamaan dengan sembilan juta batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam melibatkan nilai anggaran RM1.8 juta dan cukai berjumlah RM6.12 juta.

“Siasatan awal mendapati, kontena tersebut dikendalikan sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang dan ia diimport oleh sebuah syarikat berstatus sendirian berhad di Selangor.

“Semakan ‘bill of lading’ pula mendapati barangan tersebut diikrarkan sebagai perabot bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Menerusi dokumen yang diperolehi, dagangan ini disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Tenggara,” katanya ketika sidang media di Stor Penguatkuasaan Jermal, di sini hari ini.

Tambah Roselan, rokok terbabit dipercayai akan dijual kepada pekerja ladang dan pekerja tapak pembinaan warga asing di negara ini.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan buat masa ini bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam aktiviti ini.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 di bawah Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967, dan Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN